Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Visi dan Misi

    Visi

    Menjadi sebuah badan yang unggul  dalam menguruskan pembangunan Hal Ehwal Islam di Taman Puteri ke arah melahirkan generasi yang bertaqwa.

    Misi

    Membangun dan mengurus Surau Al-Kauthar Taman Puteri agar mampu menarik pelbagai latarbelakang untuk bersama  mengimarahkan surau dan secara langsung mampu merealisasikan penghayatan Islam sebagai Ad-Din, ke arah melahirkan generasi yang bertaqwa.

    Objektif

    i) Memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh  masyarakat di Taman Puteri.

    ii) Menjadi ‘Surau Terbaik’ yang mesra kepada semua golongan: dewasa, remaja dan kanak-kanak tanpa adanya sebarang garis pemisah.

    iii) Membentuk pemimpin yang berwibawa dan melahirkan tenaga pengurusan yang terlatih, berketerampilan, dedikasi dan berhikmah.

    iv) Menghasilkan sistem pengurusan yang berteraskan nilai dan etika Islam.

    Tema

    “Ke arah Generasi Bertaqwa”