Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Kelebihan Puasa 6 Syawal

    Posted on October 5th, 2009 admin No comments

    Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun.” (Riwayat Muslim)

    Imam Ahmad dan an-Nasai’e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh.” (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

    Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat. Read the rest of this entry »

  • Ibadat pertingkat keperibadian umat

    Posted on September 4th, 2009 admin No comments

    BERPUASA berfungsi bukan hanya sebagai ritual rutin yang harus dilaksanakan menurut Rukun Islam, malah lebih daripada itu, ia memiliki suatu kaedah dalam rangka membangunkan kualiti keperibadian umat Islam yang unggul dan berkeperibadian tinggi.

    Proses pembinaan mental dan keperibadian dalam Islam bersifat berterusan dan tidak mengenal istilah berhenti. Sebenarnya jika diteliti, ibadat dalam Islam ini adalah proses berterusan iaitu pendidikan sepanjang hayat.

    Proses ini dimanifestasikan dalam amalan solat lima kali sehari, puasa sebulan pada Ramadan dan ritual tahunan, ibadah zakat dan terakhir ialah ibadah haji yang dikerjakan sekali seumur hidup.

    Proses pendidikan semacam ini yang diterapkan Rasulullah SAW telah membawa kejayaan besar umat Islam sehingga membina sebuah peradaban. Kewajipan berpuasa ini terlihat kepada Firman Allah SWT : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” (QS Al-Baqarah: 183).

    Dalam Islam, kualiti yang ingin dicapai Read the rest of this entry »