-
Korban 1413H di Taman Puteri
Posted on November 28th, 2009 No commentsAssalamualaikum WBT!
Upacara korban sempena Hari Raya Aidil-Adha 1413H yang dianjurkan oleh JK Surau Al-Kauthar Taman Puteri telah diadakan pada 27/11/2009 selepas solat Jumaat. Ia telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk Taman Puteri dan sekitarnya. Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan. Lembu-lembu ini telah dibeli hasil daripada sumbangan 14 orang peserta korban yang menyertai acara korban tahun ini. Upacara yang diketuai oleh Pengerusi Surau Al-Kauthar, Ustaz Mohd Ghazali Hamdan telah dibantu oleh lebih kurang 150 orang penduduk Taman Puteri dan sekitarnya. Daging korban telah diagih secara sama rata kepada semua peserta korban, penduduk yang datang membantu dan fakir-fakir miskin, ibu tunggal dan lain-lain. Acara korban tersebut telah diakhiri dengan majlis bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Selamat yang telah diadakan selepas Solat Maghrib pada hari yang sama.
Wassalam.
-
Solat Sunat Aidil Adha 1413H
Posted on November 27th, 2009 No commentsAlhamdullillah! Surau Al-Kauthar Taman Puteri penuh sesak dengan kira-kira 300 org jemaah yang menunaikan Solat Sunat Aidil Adha pada pagi tadi (28/11/2009). Kutbah telah disampaikan oleh Imam I Surau Al-Kauthar iaitu Saudara Wan Morni. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua. InsyaAllah…
Wassalam…
-
Apakah itu ‘Ibadat Korban – Haji’?
Posted on October 18th, 2009 No commentsIbadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.
Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.
Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai.
Bilakah masa yang dibolehkan untuk ibadat korban?
Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik). Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah ‘makruh’ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut. Read the rest of this entry »
-
Kurban Hari Raya Aidil Adha 2008
Posted on January 17th, 2009 No comments












