-
Kikis sikap malu, segan jika mahu lakukan amalan baik
Posted on January 2nd, 2010 No commentsOleh Mohd Adid Ab Rahman
KEMULIAAN serta kualiti manusia bukan dilihat pada fizikal yang cantik atau kekayaan, tetapi iman serta amal salih yang diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Menjadi pakej lengkap setiap orang beriman pasti gemar melakukan kebaikan dalam semua perkara. Semakin mantap iman, semakin mudah berbuat baik sekali gus darjatnya semakin tinggi di sisi Allah.
Di sinilah pentingnya kita mantapkan iman dan berlumba-lumba melakukan kebaikan sama ada kepada Allah, diri, masyarakat. haiwan dan alam. Semua yang dilakukan demi meraih kecintaan dan keredaan Allah sebagai kebahagiaan yang hakiki.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahagialah (kerana kebaikan yang amat banyak) bagi orang yang baik kerjanya, baik dan bersih hatinya, mulia pula lahirnya dan jauh manusia daripada kejahatannya. Bahagialah orang beramal dengan ilmunya, membelanjakan (untuk kebaikan) lebihan dari hartanya dan menahan lebihan daripada kata-katanya.” (Hadis riwayat Tabrani)
Ada individu enggan melakukan perkara baik seperti belajar atau mengajar ilmu bermanfaat kepada orang yang memerlukannya kerana malu. Sikap ini sangat mengelirukan, sebab malu hanya layak dalam perkara dilarang agama Read the rest of this entry »
-
Wanita Wajib Khatan Walaupun Dewasa
Posted on November 22nd, 2009 No commentsBerkhitan atau disebut dalam istilah orang Melayu sebagai berkhatan adalah sesuatu yang diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan. Oleh itu, seorang wanita yang belum berkhitan dan hanya mengetahuinya ketika sudah menjangkau usia 30 tahun, maka tetap juga diwajibkan supaya berkhitan.
Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.
Bagaimanapun, perlu diingat, seseorang itu tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhitan sewaktu kecil atas alasan dia tidak pun mengetahuinya. Namun, apabila dia mengetahuinya, maka berdosa jika dia melalaikan kewajipan ini. Bagi wanita adalah sekadar dipotong atau sekadar berdarah pada klitorisnya. Perkara ini tidak memberatkan dan tidak menyulitkannya. Perlu diingat, jika meninggalkannya, hukumnya adalah berdosa dan termasuk dalam maksiat farji (kemaluan) Read the rest of this entry »
-
Jauhi ajaran sesat bertopengkan tasauf, tarekat
Posted on November 3rd, 2009 No commentsPengamal ajaran sebenar tak akan lakukan perbuatan bercanggah hukum syarak.mISU ajaran sesat bukanlah satu perkara asing dalam kehidupan umat Islam kerana ia datang seiringan dengan kehidupan manusia. Namun, masih ramai di kalangan umat Islam mudah terjebak dengan fenomena ajaran sesat.
Sehingga kini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang bertapak di negara ini, sebahagian besarnya berselindung di sebalik ajaran tarekat dan tasauf yang terkenal.
Pada hal tasauf menurut perspektif Islam adalah satu kaedah tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Al-Syarani mendefinisikan tasauf sebagai ilmu yang terhasil di dalam hati wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan sunnah.
Sebagaimana ilmu yang terhasil daripada ulama fekah, setiap amalan yang dilakukan dengan panduan kedua-duanya akan menghasilkan pelbagai ilmu, adab, rahsia dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan dengan syarat amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak hawa nafsu.
Tarekat pula menurut huraian ulama tasauf mempunyai beberapa pengertian iaitu umum, khusus dan lebih khusus. Pengertian yang umum bagi tarekat itu merujuk kepada jalan agama Allah iaitu jalan Islam itu sendiri. Ibn Khaldun menggunakan perkataan tarekat dengan makna ini.
Beliau menjelaskan asal ilmu tasauf itu ialah tarekat kaum sufi di sisi golongan terdahulu daripada umat ini dan pemimpinnya daripada kalangan sahabat, tabi?in dan golongan selepas mereka adalah tarekat kebenaran dan hidayah. Asal tarekat ialah tekun beribadah, menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah, berpaling daripada perhiasan duniawi, bersifat zuhud terhadap apa yang dicari oleh orang ramai yang berupa kelazatan, harta dan pangkat serta menyendiri daripada makhluk dalam bersendirian untuk Read the rest of this entry »
-
12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT
Posted on October 6th, 2009 No commentsBarisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt : Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat’. Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaan Ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka’.
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
Datang seruan Allah. Mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia Mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.’ Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri Untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua-dua bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa-dosa ituBarisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking’. Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut. Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. Read the rest of this entry »
-
Kesilapan/Ketidak Kesempurnaan Dalam Ibadat & Amalan
Posted on September 14th, 2009 No commentsBerikut adalah kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah Ustaz Ismail Kamus:
1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .
3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampong dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala….Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid…
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang Read the rest of this entry »
-
Fahami Quran Pacu Utuhkan Bangsa
Posted on September 9th, 2009 No commentsDatuk Seri Najib Tun Razak berkata pemahaman yang jelas mengenai inti pati Al-Quran penting dalam membantu usaha kerajaan
membina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia.Perdana menteri berkata dengan pemahaman yang betul itu ia dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa seterusnya membersihkan persepsi negatif Barat terhadap Islam.

“Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan lurus yang diredainya. Melalui pemahaman yang betul, Al-Quran mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara,” katanya pada pelancaran e-Qalam, pen digital Al-Quran dan portal pemasarannya melalui laman web.
Produk yang dikeluarkan dalam empat pilihan bahasa terjemahan iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Indonesia dan Mandarin adalah keluaran hasil usaha sama syarikat bumiputera Iqra’ Pintar Sdn Bhd dengan Dawama Sdn Bhd.
Najib juga yakin kelahiran e-Qalam bukan untuk menggantikan sistem pembelajaran dan pemahaman Al-Quran sedia ada, jauh sekali menggantikan tempat para ustaz dalam pengajaran.
“Sebaliknya ia dapat membantu mengalakkan orang ramai membaca dan memahami apa yang dibacanya menerusi terjemahan yang disediakan, seterusnya menjadi pelengkap terhadap sistem Al-Quran itu sendiri,” katanya. Read the rest of this entry »







