-
Wanita Wajib Khatan Walaupun Dewasa
Posted on November 22nd, 2009 No commentsBerkhitan atau disebut dalam istilah orang Melayu sebagai berkhatan adalah sesuatu yang diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan. Oleh itu, seorang wanita yang belum berkhitan dan hanya mengetahuinya ketika sudah menjangkau usia 30 tahun, maka tetap juga diwajibkan supaya berkhitan.
Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.
Bagaimanapun, perlu diingat, seseorang itu tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhitan sewaktu kecil atas alasan dia tidak pun mengetahuinya. Namun, apabila dia mengetahuinya, maka berdosa jika dia melalaikan kewajipan ini. Bagi wanita adalah sekadar dipotong atau sekadar berdarah pada klitorisnya. Perkara ini tidak memberatkan dan tidak menyulitkannya. Perlu diingat, jika meninggalkannya, hukumnya adalah berdosa dan termasuk dalam maksiat farji (kemaluan).
Syeikh Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya, al-Zawajir, jelas mengatakan bahawa meninggalkan khitan sesudah dewasa sama ada lelaki atau wanita, adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.
Sumber: Berita Harian
Leave a reply

