Surau Al-Kauthar Taman Puteri

Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Tanda 100 hari sebelum hari mati…

    Posted on December 11th, 2009 admin No comments

    Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

    Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

    Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

    TANDA 40 HARI

    Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

    TANDA 7 HARI

    Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang Read the rest of this entry »

  • Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Laungan Azan Sempena Sambutan Ma’al Hijrah 1431H Surau Al-Kauthar

    Posted on December 6th, 2009 admin No comments

    Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tadbir Urus Surau Al-Kauthar akan mengadakan pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Laungan Azan mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut:

    1) Tilawah Al-Quran

    Syarat Penyertaan: Terbuka kepada semua lelaki dan perempuan dewasa penduduk Taman Puteri sahaja. Masa bacaan adalah selama 8 minit.

    Ayat: i) Surah Al-Baqarah bermula ayat 21, ii) Surah Al-Baqarah bermula ayat 121 iii) Surah An-Nisa bermual ayat 1 iv) Surah Al-Maidah bermula ayat 1

    2) Hafazan

    Syarat Penyertaan: Dibahagi kepada 3 kategori, bahagian lelaki dan perempuan:

    Kategori 1: Pelajar Tadika atau berumur 4 hingga 6 tahun

    Ayat: Surah Al-Fatihah

    Kategori 2: Pelajar Tahap 1 iaitu Tahun 1 hingga Tahun 3

    Ayat (hanya satu Surah sahaja yang akan dibaca secara undian): Surah An-Nas, Al-Falaq, An Nasr, Al-Kafirun, Al-Ma’un dan Al-Takathur

    Kategori 3: Pelajar Tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6

    Ayat (hanya satu Surah sahaja yang akan dibaca secara undian): Surah Ad-Dhuha, Al-Insyrah, Al-Humazah, Al-Zalzalah dan Al-Takathur

    3) Laungan Azan (mengikut gaya Mu’azzin)

    Syarat Penyertaan: Terbuka kepada semua pelajar lelaki sekolah rendah dan menengah sahaja.

    Tarikh Pertandingan:

    18/12/2009 (Jumaat) – Tilawah Dewasa Lelaki dan Perempuan selepas Solat Isya’

    19/12/2009 (Sabtu) – Hafazan dan Azan bagi semua kategori selapas Solat Zuhor

    Tempat Pertandingan:

    Perkarangan Surau Al-Kauthar, Taman Puteri

    Tarikh Tutup Penyertaan:

    Semua penyertaan adalah percuma dan tarikh tutup adalah pada 16 Disember 2009.

    BORANG PENYERTAAN telah diedarkan kesemua rumah di Taman Puteri atau ianya boleh didapati daripada Surau Al-Kauthar atau klik DI SINI.

  • Korban 1413H di Taman Puteri

    Posted on November 28th, 2009 admin No comments

    Assalamualaikum WBT!

    Upacara korban sempena Hari Raya Aidil-Adha 1413H yang dianjurkan oleh JK Surau Al-Kauthar Taman Puteri telah diadakan pada 27/11/2009 selepas solat Jumaat.  Ia telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk Taman Puteri dan sekitarnya.  Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan.  Lembu-lembu ini telah dibeli hasil daripada sumbangan 14 orang peserta korban yang menyertai acara korban tahun ini.  Upacara yang diketuai oleh Pengerusi Surau Al-Kauthar, Ustaz Mohd Ghazali Hamdan telah dibantu oleh lebih kurang 150 orang penduduk Taman Puteri dan sekitarnya.  Daging korban telah diagih secara sama rata kepada semua peserta korban, penduduk yang datang membantu dan fakir-fakir miskin, ibu tunggal dan lain-lain.  Acara korban tersebut telah diakhiri dengan majlis bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Selamat yang telah diadakan selepas Solat Maghrib pada hari yang sama.

    Wassalam.

  • Solat Sunat Aidil Adha 1413H

    Posted on November 27th, 2009 admin No comments

    Alhamdullillah! Surau Al-Kauthar Taman Puteri penuh sesak dengan kira-kira 300 org jemaah yang menunaikan Solat Sunat Aidil Adha pada pagi tadi (28/11/2009).  Kutbah telah disampaikan oleh Imam I Surau Al-Kauthar iaitu Saudara Wan Morni.  Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua. InsyaAllah…

    Wassalam…

  • Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

    Posted on November 23rd, 2009 admin No comments

    1) Wajah yang cantik

    2) Duit yang banyak

    3) Kesihatan yang baik

    4) Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

    5) Tidur yang nenyak tanpa ganguan

    Senang saja untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari. Kata Nabi SAW: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak Read the rest of this entry »

  • Wanita Wajib Khatan Walaupun Dewasa

    Posted on November 22nd, 2009 admin No comments

    Berkhitan atau disebut dalam istilah orang Melayu sebagai berkhatan adalah sesuatu yang diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan. Oleh itu, seorang wanita yang belum berkhitan dan hanya mengetahuinya ketika sudah menjangkau usia 30 tahun, maka tetap juga diwajibkan supaya berkhitan.

    Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.

    Bagaimanapun, perlu diingat, seseorang itu tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhitan sewaktu kecil atas alasan dia tidak pun mengetahuinya. Namun, apabila dia mengetahuinya, maka berdosa jika dia melalaikan kewajipan ini. Bagi wanita adalah sekadar dipotong atau sekadar berdarah pada klitorisnya.  Perkara ini tidak memberatkan dan tidak menyulitkannya. Perlu diingat, jika meninggalkannya, hukumnya adalah berdosa dan termasuk dalam maksiat farji (kemaluan) Read the rest of this entry »