Surau Al-Kauthar Taman Puteri

Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Kumpulan Al-Kauthar Sertai Pertandingan Zikir di Masjid Gita

    Posted on February 20th, 2010 admin No comments

    Kumpulan Zikir Al-Kauthar Taman puteri telah membuat persembahan pada malam tadi, 19 Februari 2010 di Masjid Gita dengan mempersembahkan Zikir Ta’alamali.

    DSC01274

    Klik sini untuk gambar seterusnya…

    Wassalam…

  • Notis Aktiviti-Aktiviti Surau Al-Kauthar Taman Puteri Bagi Tahun 2010

    Posted on February 16th, 2010 admin No comments

    Assalamualaikum WBT

    Untuk makluman semua, berikut adalah aktiviti-aktiviti tetap Surau Al-Kauthar Taman Puteri sepanjang tahun 2010 (Untuk aktivit-aktiviti lain, sila rujuk TAKWIM 2010):

    Bil Aktiviti Hari Catatan
    1 Kutipan Sumbangan Dana Surau Setiap bulan (Mulai Februari 2010) Kutipan dari rumah ke rumah oleh Pegawai yang dilantik
    2 Kelas Zikir Hari Selasa Malam Rabu (Mulai Januari 2010) Dikendali oleh Tuan Haji Ahmad Kentul
    3 Kuliah Maghrib Hari Rabu Malam Khamis (Mulai Mac 2010) Pegawai dari JAIS/Penceramah Jemputan)
    4 Bacaan Yassin Hari Khamis Malam Jumaat (Mulai Februari 2010) Dikendali oleh AJK Surau
    5 Kelas Al-Quran Hari Jumaat Malam Sabtu (Mulai Mac 2010) Pegawai dari JAIS/Jemputan)

    Datanglah beramai-rami ke Surau kita….

    Wassalam.

  • Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Sesi 2010-2012 Surau Al-Kauthar Taman Puteri

    Posted on January 30th, 2010 admin No comments

    Senarai Jawatankuasa baru adalah seperti berikut:

    Pengerusi: Ustaz Mohamad Ghazali Hamdan

    Timbalan Pengerusi: Haji Mustapha Sahari

    Setiausaha: Cikgu Ishak Hj Dahlan

    Timbalan Setiausaha: Haji Ahmad Sonhajee Hussain

    Bendahari: Japanie Bujang

    Juru-audit: Radzuan Sam

    AJK: Cikgu Ismail Swaidi, Mohd Faizurisya Mohd Serat, Ishak Ibrahim, Mustapha Abu Bakar, Rosli Razali, Amat Subandi dan Haji Aiden Sayeed.

    DSC00636

    KLIK SINI UNTUK GAMBAR SETERUSNYA………

  • Kenapa kita harus menghormati azan

    Posted on January 14th, 2010 admin No comments

    Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Coba Kita amati.. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratulmaut’ .

    Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ‘Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’ Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan, Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri, Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’ yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

    ‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang Read the rest of this entry »

  • Kikis sikap malu, segan jika mahu lakukan amalan baik

    Posted on January 2nd, 2010 admin No comments

    Oleh Mohd Adid Ab Rahman

    KEMULIAAN serta kualiti manusia bukan dilihat pada fizikal yang cantik atau kekayaan, tetapi iman serta amal salih yang diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Menjadi pakej lengkap setiap orang beriman pasti gemar melakukan kebaikan dalam semua perkara. Semakin mantap iman, semakin mudah berbuat baik sekali gus darjatnya semakin tinggi di sisi Allah.

    Di sinilah pentingnya kita mantapkan iman dan berlumba-lumba melakukan kebaikan sama ada kepada Allah, diri, masyarakat. haiwan dan alam. Semua yang dilakukan demi meraih kecintaan dan keredaan Allah sebagai kebahagiaan yang hakiki.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahagialah (kerana kebaikan yang amat banyak) bagi orang yang baik kerjanya, baik dan bersih hatinya, mulia pula lahirnya dan jauh manusia daripada kejahatannya. Bahagialah orang beramal dengan ilmunya, membelanjakan (untuk kebaikan) lebihan dari hartanya dan menahan lebihan daripada kata-katanya.” (Hadis riwayat Tabrani)

    Ada individu enggan melakukan perkara baik seperti belajar atau mengajar ilmu bermanfaat kepada orang yang memerlukannya kerana malu. Sikap ini sangat mengelirukan, sebab malu hanya layak dalam perkara dilarang agama Read the rest of this entry »

  • Sambutan Ma’al Hijrah 1431H di Taman Puteri!

    Posted on December 20th, 2009 admin No comments

    Alhamdulillah! Sambutan Ma’al Hijrah 1431H di Taman Puteri telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk Taman Puteri.  Pelbagai upacara telah diadakan pada 17 hingga 19 Disember 2009…

    PC180072 PC190147
    PC190139 PC190169

    Klik sini untuk lebih banyak gambar…..