-
Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Laungan Azan Sempena Sambutan Ma’al Hijrah 1431H Surau Al-Kauthar
Posted on December 6th, 2009 No commentsAdalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tadbir Urus Surau Al-Kauthar akan mengadakan pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Laungan Azan mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut:
1) Tilawah Al-Quran
Syarat Penyertaan: Terbuka kepada semua lelaki dan perempuan dewasa penduduk Taman Puteri sahaja. Masa bacaan adalah selama 8 minit.
Ayat: i) Surah Al-Baqarah bermula ayat 21, ii) Surah Al-Baqarah bermula ayat 121 iii) Surah An-Nisa bermual ayat 1 iv) Surah Al-Maidah bermula ayat 1
2) Hafazan
Syarat Penyertaan: Dibahagi kepada 3 kategori, bahagian lelaki dan perempuan:
Kategori 1: Pelajar Tadika atau berumur 4 hingga 6 tahun
Ayat: Surah Al-Fatihah
Kategori 2: Pelajar Tahap 1 iaitu Tahun 1 hingga Tahun 3
Ayat (hanya satu Surah sahaja yang akan dibaca secara undian): Surah An-Nas, Al-Falaq, An Nasr, Al-Kafirun, Al-Ma’un dan Al-Takathur
Kategori 3: Pelajar Tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6
Ayat (hanya satu Surah sahaja yang akan dibaca secara undian): Surah Ad-Dhuha, Al-Insyrah, Al-Humazah, Al-Zalzalah dan Al-Takathur
3) Laungan Azan (mengikut gaya Mu’azzin)
Syarat Penyertaan: Terbuka kepada semua pelajar lelaki sekolah rendah dan menengah sahaja.
Tarikh Pertandingan:
18/12/2009 (Jumaat) – Tilawah Dewasa Lelaki dan Perempuan selepas Solat Isya’
19/12/2009 (Sabtu) – Hafazan dan Azan bagi semua kategori selapas Solat Zuhor
Tempat Pertandingan:
Perkarangan Surau Al-Kauthar, Taman Puteri
Tarikh Tutup Penyertaan:
Semua penyertaan adalah percuma dan tarikh tutup adalah pada 16 Disember 2009.
BORANG PENYERTAAN telah diedarkan kesemua rumah di Taman Puteri atau ianya boleh didapati daripada Surau Al-Kauthar atau klik DI SINI.
Leave a reply

