Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Majlis Khatamal Quran Sempena Ramadhan 1430H Meriah!

    Posted on September 17th, 2009 admin No comments

    Seramai 110 orang anak-anak di Taman Puteri telah menyertai majlis Khatamal Quran sempena Ramadhan 1430H pada malam tadi, 16/09/2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H.  Dalam ucapan amanatnya, Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri iaitu Ustaz Mohd Ghazali Hamdan telah menyatakan kesyukurannya apabila melihat penyertaan anak-anak di Taman Puteri dalam majlis tadarus pada tahun ini begitu mendadak sekali. Bilangan ini kian meningkat dari tahun ke tahun, contohnya daripada 80 orang pada tahun 2008, ianya telah meningkat ke 110 orang pada tahun ini.  Beliau menyarankan agar ibubapa lebih prihatin terhadap kepentingan anak-anak mereka belajar Al-Quran agar mereka dapat menjadi manusia yang bertaqwa dan beriman dan seterusnya mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Majlis malam tadi juga turut dihadiri oleh lebih kurang 120 orang ibubapa yang merasa bangga melihat anak-anak mereka membaca kitab suci Al-Quran ini.  Ustaz Mohd Ghazali juga telah menyampaikan sumbangan ikhlas penduduk Islam Taman Puteri kepada Imam dan Bilal Surau Al-Kauthar iaitu Saudara Wan Morni (Imam I), Saudara Lokman (Imam II) dan Pak Seli (Bilal).  Turut menerima sumbangan adalah kedua-dua imam jemputan iaitu Al-Hafiz Saudara Herizal Saifullah daripada Acheh dan Al-Hafiz Saudara Mohd Hafiz iaitu anak tempatan Taman Puteri.

    1 2
    3 4
    5 6
    7 8
    9 10

    Gambar-gambar seterusnya…..

    11 12
    13 14
    15 16
    17 18
    19 20

    Wassalam.

    Leave a reply