Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Mengenai Kami

    bismillahmuhaqaq

    assalam

    Syukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi nikmat iman dan juga limpahan nikmat kesihatan diri dan rezeki yang kita semua terima dan rasai selama ini. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hambaNya yang tahu bersyukur dan mahu mensyukuri segala nikmat yang diberikan.

    Dengan kesempatan yang ada ini, kami ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT dan ucapan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama berusaha untuk menyumbang tenaga dari perbagai sudut sehingga laman web ini berjaya diterbitkan.

    InsyaAllah, pihak kami akan sentiasa menjaga dan memperbaiki mutu laman web ini dari masa ke semasa supaya ia dapat memberi manafaat kepada seluruh penduduk muslim Taman Puteri, Jalan Sultan Tengah, Kuching Sarawak khasnya, dan seluruh umat islam amnya.

    surauSEJARAH DAN LATARBELAKANG

    Surau ini telah mula beroperasi pada October 2007. Nama surau dan barisan jawatankuasa pentadbir telah didaftarkan secara resmi dan telah pun diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Nama resmi surau ini adalah Surau Al-Kauthar Taman Puteri, Jalan Sultan Tengah, Kuching Sarawak.

    Surau Al-Kauthar Taman Puteri disediakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak. Rekabentuk surau ini telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya dan merupakan reka bentuk ’standard’ bagi semua surau-surau di sekitar Kuching ini.

    Sejak mula beroperasi, program pengimarahan seperti Solat Fardu, Kuliah Fardu ’Ain, Ceramah Agama, Solat Terawih, Qiamullail dan sebagainya telah dijalankan dengan lancar hasil usaha dan sokongan semua pihak. Antara tokoh agama yang pernah dijemput ke surau ini adalah Ustaz Khalidi Haji Ibrahim, Ustaz Haji Jaidin Haji Latip, Ustaz Hassan Al-Basri, Ustaz Abdul Rahman Abidin, Ustaz Haji Jorji Haji Suhaili, Ustaz Sulaiman Hashim dan banyak lagi.

    Program riadah dan kemasyarakatan turut tidak dilupakan antaranya Majlis Korban, Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, program ziarah rumah ke rumah, Jamuan Asyura, dan sebagainya. Beberapa program yang dianjurkan secara bersama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Puteri juga turut diadakan seperti gotong royong dan sebagainya.

    Mulai November 2007, Ustaz Mohamad Gahzali bin Hamdan telah dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Surau Al-Kauthar bagi Penggal 2007/2009. Beliau berperanan menggerak dan menghidupkan aktiviti pengimarahan Surau disamping menjadi pakar rujuk agama Islam bagi perjiranan Taman Puteri.

    Beberapa program jangka pendek dan jangka panjang sedang diaturkan demi mencapai visi dan misi Surau Al-Kauthar. Sokongan yang ‘istiqamah’ dari semua amat diharapkan. Maksud firman Allah SWT dalam Al-Quran, “Hanyalah yang memakmurkan rumah-rumah Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain daripada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah At- Taubah ayat 18.

    AHLI JAWATANKUASA DAN PEGAWAI/PETUGAS SURAU AL-KAUTHAR SESSI 2010/ 2012

    Ahli Jawatankuasa dan Pegawai Surau
    Pengerusi: Ustaz Mohamad Ghazali bin Hamdan ghazali
    Timbalan Pengerusi: Haji Mustapha bin Sahari timpeng
    Setiausaha: Ishak bin Haji Dahlan secretary
    Timbalan Setiausaha: Haji Ahmad Sonhajee bin Hussain hjahmad
    Bendahari: Japanie bin Bujang japanie-2
    Ahli Jawatan Kuasa:
    1) Haji Ai’edin bin Sayeed hjaidin-1
    2) Ismail Bin Swaidi ismail
    3) Awang Rapiee bin Awang Sahari awgrapiee
    4) Mohd Faizurisya bin Mohd Serat ejoy
    5) Ishak bin Brahim ishak
    6) Mustapha bin Abu Bakar mustapha-1
    7) Rosli bin Razali rosli
    8) Awang Zamahari bin Awang Shawal awgzamahari
    9) Wan Abu Bakar
    Juru-audit:
    Radzuan bin Sam radzuan
    Pegawai/ Petugas
    Imam:
    1) Wan Mornie bin Wan Brahim wanmorni
    2) Ustaz Mohd Nik Sukeri bin Nik Abdullah ustnik
    3) Ustaz Hanapi bin Haji Udin ustnapi
    Bilal:
    1) Seli bin Longgor pakseli-1
    2) Haji Hamdan bin Haji Anu
    Siak:
    Amat Subandi bin Haji Sekam amatsubandi

    HUBUNGI KAMI

    Kami boleh dihubungi melalui alamat berikut:

    Surau Al-Kauthar Taman Puteri

    Lot 3241, Lorong Cahya Indah 5

    Taman Puteri

    Jalan Sultan Tengah

    93050 Kuching

    Sarawak Malaysia

    email: alkauthar.tamanputeri@gmail.com


    wassalam