-
Sambutan Hangat Ceramah Agama Sempena Pelancaran Tabung Gaza Taman Puteri!
Posted on February 6th, 2009 No commentsAlhamdulillah! Sambutan hangat telah diberikan oleh penduduk-penduduk Islam Taman Puteri semasa ceramah agama sempena pelancaran Tabung Gaza di Surau Al-Kauthar Taman Puteri selepas solat Maghrib tadi (6 Februari 2009). Lebih kurang 200 orang telah menghadiri majlis tersebut. Ceramah yang menayangkan gambar-gambar tentang keganasan Yahudi di bumi Palestin yang sangat menyedihkan telah dipertontonkan melalui LCD Projector kepada semua muslimin dan muslimat yang menghadiri majlis tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Kutipan Tabung Gaza Taman Puteri akan dijalankan dari rumah ke rumah di Taman Puteri dan wang kutipan akan diserahkan kepada badan yang sah dalam menguruskan bantuan ke Gaza pada hujung bulan Februari ini. Marilah kita sama-sama menyumbang untuk membantu rakyat Palestian yang menderita sekarang. Sumbangan juga boleh dibuat terus kepada mana-mana AJK Surau Al-Kauthar Taman Puteri. InsyaAllah, semoga usaha murni kita ini diberkati oleh Allah SWT.
Leave a reply

