Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Kesilapan/Ketidak Kesempurnaan Dalam Ibadat & Amalan

    Posted on September 14th, 2009 admin No comments

    Berikut adalah kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah Ustaz Ismail Kamus:

    1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

    2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

    3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampong dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala….Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid…

    4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang Read the rest of this entry »

  • Fahami Quran Pacu Utuhkan Bangsa

    Posted on September 9th, 2009 admin No comments

    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemahaman yang jelas mengenai inti pati Al-Quran penting dalam membantu usaha kerajaan
    membina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia.

    Perdana menteri berkata dengan pemahaman yang betul itu ia dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa seterusnya membersihkan persepsi negatif Barat terhadap Islam.

    “Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan lurus yang diredainya. Melalui pemahaman yang betul, Al-Quran mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara,” katanya pada pelancaran e-Qalam, pen digital Al-Quran dan portal pemasarannya melalui laman web.

    Produk yang dikeluarkan dalam empat pilihan bahasa terjemahan iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Indonesia dan Mandarin adalah keluaran hasil usaha sama syarikat bumiputera Iqra’ Pintar Sdn Bhd dengan Dawama Sdn Bhd.

    Najib juga yakin kelahiran e-Qalam bukan untuk menggantikan sistem pembelajaran dan pemahaman Al-Quran sedia ada, jauh sekali menggantikan tempat para ustaz dalam pengajaran.

    “Sebaliknya ia dapat membantu mengalakkan orang ramai membaca dan memahami apa yang dibacanya menerusi terjemahan yang disediakan, seterusnya menjadi pelengkap terhadap sistem Al-Quran itu sendiri,” katanya. Read the rest of this entry »

  • Ibadat pertingkat keperibadian umat

    Posted on September 4th, 2009 admin No comments

    BERPUASA berfungsi bukan hanya sebagai ritual rutin yang harus dilaksanakan menurut Rukun Islam, malah lebih daripada itu, ia memiliki suatu kaedah dalam rangka membangunkan kualiti keperibadian umat Islam yang unggul dan berkeperibadian tinggi.

    Proses pembinaan mental dan keperibadian dalam Islam bersifat berterusan dan tidak mengenal istilah berhenti. Sebenarnya jika diteliti, ibadat dalam Islam ini adalah proses berterusan iaitu pendidikan sepanjang hayat.

    Proses ini dimanifestasikan dalam amalan solat lima kali sehari, puasa sebulan pada Ramadan dan ritual tahunan, ibadah zakat dan terakhir ialah ibadah haji yang dikerjakan sekali seumur hidup.

    Proses pendidikan semacam ini yang diterapkan Rasulullah SAW telah membawa kejayaan besar umat Islam sehingga membina sebuah peradaban. Kewajipan berpuasa ini terlihat kepada Firman Allah SWT : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” (QS Al-Baqarah: 183).

    Dalam Islam, kualiti yang ingin dicapai Read the rest of this entry »

  • Persoalan Agama: Puasa, sembahyang ditinggal bapa tak wajib diqada

    Posted on August 24th, 2009 admin No comments

    Uztaz Zahazan Mohamed

    Soalan: BAPA saya meninggal dunia baru-baru ini. Sepanjang hayat arwah bapa, kami anak-anaknya yakin arwah ada meninggalkan ibadat solat dan puasa. Masalahnya, kami tidak tahu bilangan hari beliau meninggalkan puasa. Bagaimanakah caranya kami boleh mengatasi persoalan ini?
    Anak Prihatin, KUALA LUMPUR.

    Sebelum menjawab soalan ini ada baiknya kita membincangkan kedudukan qada ibadat dalam solat. Secara dasarnya sesuatu ibadat yang ditinggalkan hendaklah diganti, seperti solat contohnya. Demikian pula haji. Ini berpandukan kepada hadis yang bermaksud: “Dan hutang Allah itu lebih berhak untuk disempurnakan. – (Riwayat Muslim).

    Cuma persoalan ini semakin kompleks ialah apabila seseorang yang meninggalkan ibadat itu meninggal dunia, apakah kewajipan Read the rest of this entry »

  • Keberkatan hadir majlis ilmu di bulan Ramadhan

    Posted on August 23rd, 2009 admin No comments

    PUJANGGA Arab ada berkata: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

    Kata-kata ini menerangkan kepentingan seseorang mencari ilmu sepanjang masa dan di mana juga dia berada. Kedatangan Ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.

    Dalam hadis masyhur, Rasulullah turut menerangkan kelebihan seseorang yang menuntut ilmu ketika Ramadan. Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy Read the rest of this entry »

  • Fadhilat Solat Sunat Terawih!

    Posted on August 15th, 2009 admin No comments

    JOM KITA BERAMAI-RAMAI KE SURAU………

    Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:

    Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
    Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
    Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
    Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
    Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
    Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
    Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
    Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
    Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
    Malam 10 – Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

    Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
    Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang Read the rest of this entry »