Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Kikis sikap malu, segan jika mahu lakukan amalan baik

    Posted on January 2nd, 2010 admin No comments

    Oleh Mohd Adid Ab Rahman

    KEMULIAAN serta kualiti manusia bukan dilihat pada fizikal yang cantik atau kekayaan, tetapi iman serta amal salih yang diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Menjadi pakej lengkap setiap orang beriman pasti gemar melakukan kebaikan dalam semua perkara. Semakin mantap iman, semakin mudah berbuat baik sekali gus darjatnya semakin tinggi di sisi Allah.

    Di sinilah pentingnya kita mantapkan iman dan berlumba-lumba melakukan kebaikan sama ada kepada Allah, diri, masyarakat. haiwan dan alam. Semua yang dilakukan demi meraih kecintaan dan keredaan Allah sebagai kebahagiaan yang hakiki.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahagialah (kerana kebaikan yang amat banyak) bagi orang yang baik kerjanya, baik dan bersih hatinya, mulia pula lahirnya dan jauh manusia daripada kejahatannya. Bahagialah orang beramal dengan ilmunya, membelanjakan (untuk kebaikan) lebihan dari hartanya dan menahan lebihan daripada kata-katanya.” (Hadis riwayat Tabrani)

    Ada individu enggan melakukan perkara baik seperti belajar atau mengajar ilmu bermanfaat kepada orang yang memerlukannya kerana malu. Sikap ini sangat mengelirukan, sebab malu hanya layak dalam perkara dilarang agama Read the rest of this entry »

  • Wanita Wajib Khatan Walaupun Dewasa

    Posted on November 22nd, 2009 admin No comments

    Berkhitan atau disebut dalam istilah orang Melayu sebagai berkhatan adalah sesuatu yang diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan. Oleh itu, seorang wanita yang belum berkhitan dan hanya mengetahuinya ketika sudah menjangkau usia 30 tahun, maka tetap juga diwajibkan supaya berkhitan.

    Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.

    Bagaimanapun, perlu diingat, seseorang itu tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhitan sewaktu kecil atas alasan dia tidak pun mengetahuinya. Namun, apabila dia mengetahuinya, maka berdosa jika dia melalaikan kewajipan ini. Bagi wanita adalah sekadar dipotong atau sekadar berdarah pada klitorisnya.  Perkara ini tidak memberatkan dan tidak menyulitkannya. Perlu diingat, jika meninggalkannya, hukumnya adalah berdosa dan termasuk dalam maksiat farji (kemaluan) Read the rest of this entry »

  • Jauhi ajaran sesat bertopengkan tasauf, tarekat

    Posted on November 3rd, 2009 admin No comments

    Pengamal ajaran sebenar tak akan lakukan perbuatan bercanggah hukum syarak.mISU ajaran sesat bukanlah satu perkara asing dalam kehidupan umat Islam kerana ia datang seiringan dengan kehidupan manusia. Namun, masih ramai di kalangan umat Islam mudah terjebak dengan fenomena ajaran sesat.

    Sehingga kini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang bertapak di negara ini, sebahagian besarnya berselindung di sebalik ajaran tarekat dan tasauf yang terkenal.

    Pada hal tasauf menurut perspektif Islam adalah satu kaedah tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Al-Syarani mendefinisikan tasauf sebagai ilmu yang terhasil di dalam hati wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan sunnah.

    Sebagaimana ilmu yang terhasil daripada ulama fekah, setiap amalan yang dilakukan dengan panduan kedua-duanya akan menghasilkan pelbagai ilmu, adab, rahsia dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan dengan syarat amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak hawa nafsu.

    Tarekat pula menurut huraian ulama tasauf mempunyai beberapa pengertian iaitu umum, khusus dan lebih khusus. Pengertian yang umum bagi tarekat itu merujuk kepada jalan agama Allah iaitu jalan Islam itu sendiri. Ibn Khaldun menggunakan perkataan tarekat dengan makna ini.

    Beliau menjelaskan asal ilmu tasauf itu ialah tarekat kaum sufi di sisi golongan terdahulu daripada umat ini dan pemimpinnya daripada kalangan sahabat, tabi?in dan golongan selepas mereka adalah tarekat kebenaran dan hidayah. Asal tarekat ialah tekun beribadah, menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah, berpaling daripada perhiasan duniawi, bersifat zuhud terhadap apa yang dicari oleh orang ramai yang berupa kelazatan, harta dan pangkat serta menyendiri daripada makhluk dalam bersendirian untuk Read the rest of this entry »

  • Apakah itu ‘Ibadat Korban – Haji’?

    Posted on October 18th, 2009 admin No comments

    Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.

    Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.

    Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai.

    Bilakah masa yang dibolehkan untuk ibadat korban?

    Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik). Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah ‘makruh’ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut. Read the rest of this entry »

  • 12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

    Posted on October 6th, 2009 admin No comments

    Barisan pertama:

    Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt : Mereka orang-orang yang  menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat’. Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaan Ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka’.

    Barisan ke-2:

    Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
    Datang seruan Allah. Mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia Mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.’ Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri Untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua-dua bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa-dosa itu

    Barisan ke-3:

    Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking’. Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

    Barisan ke-4:

    Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut. Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yg halal.

    Barisan ke-5:

    Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman  padang  mahsyar Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. Read the rest of this entry »

  • Kelebihan Puasa 6 Syawal

    Posted on October 5th, 2009 admin No comments

    Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun.” (Riwayat Muslim)

    Imam Ahmad dan an-Nasai’e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh.” (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

    Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat. Read the rest of this entry »