-
Solat Hajat Sempena Ujian UPSR, PMR, SPM dan STPM
Posted on August 20th, 2009 No commentsSeramai lebih kurang 100 orang penduduk Islam Taman Puteri (termasuk kanak-kanak) telah bersama-sama mengimarahkan Surau Al-Kauthar Taman Puteri untuk menunaikan Solat Hajat sempena ujian UPSR, PMR, SPM dan STPM 2009. Majlis bermula dengan bacaan Yaasin beramai-ramai selepas solat Maghrib diikuti dengan Tahlil. Solat hajat telah diadakan selepas solat fardhu Isya’ dan diketuai oleh Imam Saudara Wan Morni.
Semoga hajat kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T. dan kita semua diberkati dan dirahmati olehNya.






Wassalam…
-
Kem Bestari Solat
Posted on August 1st, 2009 1 commentJawatankuasa Surau Al-Kauthar Taman Puteri dan KRT Taman Puteri telah mengadakan Program “Kem Bestari Solat” pada 1 Ogos 2009 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 80 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia 12 tahun ke bawah telah menyertai program tersebut. Program yang dikendalikan oleh Ustaz Nik Shukri tersebut adalah bertujuan untuk memperkenal, mengasah, memperbetulkan dan memperlengkapkan anak-anak di Taman Puteri ini tentang solat. Majlis setengah hari tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Ghazali Hamdan, Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri.










-
Perasmian Surau Al-Kauthar Taman Puteri
Posted on March 25th, 2009 No commentsJawatankuasa Pengelola dengan segala hormatnya menjemput semua penduduk Islam Taman Puteri untuk hadir ke majlis perasmian Surau Al-Kauthar Taman Puteri pada 28hb Mac 2009 (Sabtu Malam Ahad).
Perasmian itu nanti akan disempurnakan oleh YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak.
Pelbagai program menarik telah diatur termasuk:
1) Forum Maulidur Rasul bertajuk “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah” di mana 2 orang ahli panel yang berpengalaman telah mengesahkan kehadiran mereka iaitu Ustaz Haji Kipli Haji Yasin dan Ustaz Khalidi Ibrahim.
2) Persembahan Zikir oleh Kumpulan Zikir Al-Kauthar Taman Puteri.
3) Persembahan Nasyid oleh Rakan Muda Suro.
Atur cara untuk majlis malam itu nanti adalah seperti berikut:
6.15 petang
- Ketibaan penduduk Taman Puteri dan jemputan
6.20 petang
- Ketibaan Tetamu-Tetamu Khas Jemputan
6.25 petang
- Ketibaan Yang Berhormat Datuk Haji Daud Abdul Rahman
- Solat Maghrib Berjamaah
- Persembahan Zikir Maulidur Rasul oleh Kumpulan Zikir Al- Kauthar Taman Puteri
- Solat Isya’ Berjamaah
- Forum Maulidur Rasul bertajuk “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”
- Ucapan Pengerusi Surau – Ustaz Mohamad Ghazali Bin Hamdan
- Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Haji Daud Abdul Rahman dan seterusnya
- Pelancaran Program Rakan Suro
- Pelancaran Laman Web Surau Al-Kauthar
- Persembahan oleh Rakan Muda Suro
- Jamuan (Nasi) dan bersurai
Catatan : Majlis dijangka selesai pada pukul 10.30 malam
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!
-
Sambutan Hangat Ceramah Agama Sempena Pelancaran Tabung Gaza Taman Puteri!
Posted on February 6th, 2009 No commentsAlhamdulillah! Sambutan hangat telah diberikan oleh penduduk-penduduk Islam Taman Puteri semasa ceramah agama sempena pelancaran Tabung Gaza di Surau Al-Kauthar Taman Puteri selepas solat Maghrib tadi (6 Februari 2009). Lebih kurang 200 orang telah menghadiri majlis tersebut. Ceramah yang menayangkan gambar-gambar tentang keganasan Yahudi di bumi Palestin yang sangat menyedihkan telah dipertontonkan melalui LCD Projector kepada semua muslimin dan muslimat yang menghadiri majlis tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Kutipan Tabung Gaza Taman Puteri akan dijalankan dari rumah ke rumah di Taman Puteri dan wang kutipan akan diserahkan kepada badan yang sah dalam menguruskan bantuan ke Gaza pada hujung bulan Februari ini. Marilah kita sama-sama menyumbang untuk membantu rakyat Palestian yang menderita sekarang. Sumbangan juga boleh dibuat terus kepada mana-mana AJK Surau Al-Kauthar Taman Puteri. InsyaAllah, semoga usaha murni kita ini diberkati oleh Allah SWT.
-
Ceramah Agama @ 6 Februari 2009
Posted on February 1st, 2009 No comments
Jawatankuasa Surau Al-Kauthar Taman Puteri dengan hormatnya menjemput semua penduduk muslim Taman Puteri dan kawasan-kawasan sekitarnya ke majlis Ceramah Agama yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 6 Februari 2009 (Hari Jumaat malam Sabtu)
Masa: Antara Maghrib dan Isya’
Tempat: Surau Al-Kauthar Taman Puteri
Penceramah: Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad
Pada malam tersebut, pelancaran kutipan Tabung Gaza Surau Al-Kauthar Taman Puteri sebagai menyahut seruan untuk membantu umat Islam di Gaza juga akan diadakan .
Mohon penduduk muslim Taman Puteri membawa sedikit kuih-muih untuk hidangan selepas solat Isya’ pada malam itu nanti. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

-
Aktiviti Korban Bagi Qariah Taman Puteri 1430H/2009M
Posted on January 26th, 2009 No commentsSemua Penduduk Islam Taman Puteri,

Untuk makluman semua, Jawatankuasa Surau Al-Kauthar Taman Puteri sekali lagi akan mengadakan Ibadah Korban bagi Qariah Taman Puteri pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput semua penduduk Islam Taman Puteri untuk menyertai ibadah korban tersebut yang akan diadakan sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430H dengan membuat kutipan bayaran pada setiap bulan selama 10 bulan dengan kadar RM50.00 sebulan ( satu bahagian RM500.00 ). Semua pembayaran akan diuruskan oleh Bendahari JK Surau ( Sdr Japanie Bujang).
Kepada tuan/puan yang berminat, sila emailkan maklumat seperti di bawah ke alkauthar.tamanputeri@gmail.com atau lengkapkan borang penyertaan yang akan diedarkan ke setiap rumah dan kembalikan dengan kadar segera kepada Bendahari Surau. Penyertaan adalah terhad.
Sekian, terima kasih.

“KE ARAH GENERASI BERTAQWA”MOHAMAD GHAZALI BIN HAMDAN
Pengerusi
JK Surau Al-Kauthar Taman PuteriSila emailkan maklumat seperti berikut:
Subject email: AKTIVITI KORBAN BAGI QARIAH SURAU AL-KAUTHAR TAMAN PUTERI 1430H/2009M
Nama:
Alamat:
No Tel.:
Bilangan Bahagian (satu bahagian adalah RM500.00 sahaja):







