Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Puteri Bagi Tahun 2010

    Posted on February 20th, 2010 admin No comments

    Assalamulaikum!

    Untuk makluman semua, berikut adalah Program Maulidur Rasul Peringkat Taman Puteri yang akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Februari 2010:

    Bil Aktiviti Catatan Tempat
    1 Perarakan mengelilingi Taman Puteri(Bermula jam 8.00 pagi) Semua Penduduk Taman Puteri Bermula dari Surau Al-Kauthar
    2 Pertandingan Sepanduk Antara Lorong Semasa Perarakan
    3 Pertandingan Mewarna (9.00 – 10.00 pagi) Anak-Anak Berumur 9 Tahun ke Bawah Perkarangan Surau
    4 Pertandigan Melukis Poster (9.00 – 10.00 pagi) Anak-Anak Berumur 10-12 Tahun Perkarangan Surau
    5 Zikir Marhaban (9.00 – 100 pagi) Semua Penduduk Taman Puteri Surau Al-Kauthar Taman Puteri
    6 Ceramah Agama (Selepas Maghrib) Semua Penduduk Taman Puteri Surau Al-Kauthar Taman Puteri

    Borang penyertaan boleh didapati dari En. Mostapha Abu Bakar -0198599523 (Sepanduk), En. Ishak Ibrahim-0168912482 (Mewarna) dan Tn. Haji Ahmad Sonhajee-0198364280 (Melukis Poster).  Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Februari 2010 jam 4.00 petang.

    Marilah kita sama-sama meraikan majlis tersebut…

    Wassalam.

  • Majlis Khatamal Quran Sempena Ramadhan 1430H Meriah!

    Posted on September 17th, 2009 admin No comments

    Seramai 110 orang anak-anak di Taman Puteri telah menyertai majlis Khatamal Quran sempena Ramadhan 1430H pada malam tadi, 16/09/2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H.  Dalam ucapan amanatnya, Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri iaitu Ustaz Mohd Ghazali Hamdan telah menyatakan kesyukurannya apabila melihat penyertaan anak-anak di Taman Puteri dalam majlis tadarus pada tahun ini begitu mendadak sekali. Bilangan ini kian meningkat dari tahun ke tahun, contohnya daripada 80 orang pada tahun 2008, ianya telah meningkat ke 110 orang pada tahun ini.  Beliau menyarankan agar ibubapa lebih prihatin terhadap kepentingan anak-anak mereka belajar Al-Quran agar mereka dapat menjadi manusia yang bertaqwa dan beriman dan seterusnya mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Majlis malam tadi juga turut dihadiri oleh lebih kurang 120 orang ibubapa yang merasa bangga melihat anak-anak mereka membaca kitab suci Al-Quran ini.  Ustaz Mohd Ghazali juga telah menyampaikan sumbangan ikhlas penduduk Islam Taman Puteri kepada Imam dan Bilal Surau Al-Kauthar iaitu Saudara Wan Morni (Imam I), Saudara Lokman (Imam II) dan Pak Seli (Bilal).  Turut menerima sumbangan adalah kedua-dua imam jemputan iaitu Al-Hafiz Saudara Herizal Saifullah daripada Acheh dan Al-Hafiz Saudara Mohd Hafiz iaitu anak tempatan Taman Puteri.

    1 2
    3 4
    5 6
    7 8
    9 10

    Gambar-gambar seterusnya….. Read the rest of this entry »

  • Kem Bestari Solat

    Posted on August 1st, 2009 admin 1 comment

    Jawatankuasa Surau Al-Kauthar Taman Puteri dan KRT Taman Puteri telah mengadakan Program “Kem Bestari Solat” pada 1 Ogos 2009 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 80 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia 12 tahun ke bawah telah menyertai program tersebut. Program yang dikendalikan oleh Ustaz Nik Shukri tersebut adalah bertujuan untuk memperkenal, mengasah, memperbetulkan dan memperlengkapkan anak-anak di Taman Puteri ini tentang solat. Majlis setengah hari tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Ghazali Hamdan, Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri.

    gam11 gam2
    gam3 gam4
    gam5 gam6
    gam7 gam8
    gam9 gam10

  • Sambutan Hangat Ceramah Agama Sempena Pelancaran Tabung Gaza Taman Puteri!

    Posted on February 6th, 2009 admin No comments

    Alhamdulillah! Sambutan hangat telah diberikan oleh penduduk-penduduk Islam Taman Puteri semasa ceramah agama sempena pelancaran Tabung Gaza di Surau Al-Kauthar Taman Puteri selepas solat Maghrib tadi (6 Februari 2009).  Lebih kurang 200 orang telah menghadiri majlis tersebut.  Ceramah yang menayangkan gambar-gambar tentang keganasan Yahudi di bumi Palestin yang sangat menyedihkan telah dipertontonkan melalui LCD Projector kepada semua muslimin dan muslimat yang menghadiri majlis tersebut.  Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

    Kutipan Tabung Gaza Taman Puteri akan dijalankan dari rumah ke rumah di Taman Puteri dan wang kutipan akan diserahkan kepada badan yang sah dalam menguruskan bantuan ke Gaza pada hujung bulan Februari ini.  Marilah kita sama-sama menyumbang untuk membantu rakyat Palestian yang menderita sekarang.  Sumbangan juga boleh dibuat terus kepada mana-mana AJK Surau Al-Kauthar Taman Puteri.  InsyaAllah, semoga usaha murni kita ini diberkati oleh Allah SWT.

  • Ceramah Agama @ 6 Februari 2009

    Posted on February 1st, 2009 admin No comments

    assalam

    Jawatankuasa Surau Al-Kauthar Taman Puteri dengan hormatnya menjemput semua penduduk muslim Taman Puteri dan kawasan-kawasan sekitarnya ke majlis Ceramah Agama yang akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh: 6 Februari 2009 (Hari Jumaat malam Sabtu)

    Masa: Antara Maghrib dan Isya’

    Tempat: Surau Al-Kauthar Taman Puteri

    Penceramah: Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad

    Pada malam tersebut, pelancaran kutipan Tabung Gaza Surau Al-Kauthar Taman Puteri sebagai menyahut seruan untuk membantu umat Islam di Gaza juga akan diadakan .

    Mohon penduduk muslim Taman Puteri membawa sedikit kuih-muih untuk hidangan selepas solat Isya’ pada malam itu nanti.  Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

    wassalam

  • Bimbingan Asas Fardhu Ain

    Posted on January 24th, 2009 admin No comments

    Majlis ilmu bertajuk “Bimbingan Asas Fardhu Ain” yang dianjurkan oleh Jawantankuasa Surau Al-Kauthar diadakan seperti berikut:

    Masa: Setiap Sabtu Malam Ahad
    Antara Maghrib / Isyak

    Penyampai: Ustaz Mohd Ghazali Hamdan
    Pengerusi Surau Al-Kauthar, Tmn Puteri

    Semua penduduk Islam dijemput bersama mengimarahkan majlis ilmu tersebut.