Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Kutipan Untuk Dana Surau Al-Kauthar Taman Puteri Bagi Tahun 2009

    Posted on January 17th, 2009 admin No comments

    Semua penduduk muslim Taman Puteri,

    assalam

    Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa semasa mesyuarat Jawatankuasa Surau Al-Kauthar Taman Puteri Bilangan 1 Tahun 2009 pada 12 Januari 2009, ahli jawatankuasa Surau telah  membuat keputusan untuk memungut kutipan dana sebanyak RM2.00 (Ringgit Malaysia: Dua sahaja) sebulan bagi setiap pintu rumah penghuni Islam taman ini.  Dana ini akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan tadbir urus surau kita.  Kutipan akan dilakukan dari rumah ke rumah pada setiap bulan mulai Januari 2009 oleh Ahli Jawatankuasa Surau seperti berikut:

    i)    Sapawi bin Mohamad Su’ut (No. KP: 651028-13-5251)
    ii)    Mustapha bin Abu Bakar (No. KP: 650721-13-5023)
    iii)    Awang Rapiee bin Awang Sahari (No. KP: 651017-13-5315)
    iv)    Amat Subandi bin Sekam (No. KP: 660402-13-5279)

    Kerjasama daripada tuan/puan amatlah diharapkan.  Semoga mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

    Sekian, terima kasih.

    “KE ARAH GENERASI BERTAQWA”

    wassalam

    MOHAMAD GHAZALI BIN HAMDAN
    Pengerusi