Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Kem Bestari Solat 2010 Peringkat Taman Puteri

    Posted on March 20th, 2010 admin No comments

    Assalamualaikum WBT

    Pada 20 Mac 2010 (Ahad), Biro Rakan Muda, Hal Ehwal Wanita Dan Kekeluargaan Surau Al-Kauthar Taman Puteri telah menganjurkan Kem Bestari Solat 2010 mulai jam 8.00 pagi hingga Solat Zohor.  Kem tersebut telah diadakan di Surau Al-Kauthar Taman Puteri dan telah disertai oleh 64 orang kanak-kanak Taman Puteri yang berumur 12 tahun dan ke bawah.  Ianya telah dikendalikan oleh Ustaz Nik Sukeri merangkap Imam I Surau Al-Kauthar Taman Puteri.

    Dalam ucapan penutupan/penangguhan, pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Kauthar, Ustaz Mohammad Ghazali Hamdan menggesa agar lebih ramai ibubapa menghantar anak-anak mereka di masa hadapan.  Program kali ini adalah yang kedua kali telah diadakan dan ianya akan dijadikan aktiviti tahunan Surau Al-Kauthar.  Kesungguhan peserta semasa kem tersebut menunjukkan petanda positif kearah memupuk disiplin anak-anak agar tidak mengabaikan solat mereka.

    DSC02550

    DSC02705

    KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR SETERUSNYA…

    Wassalam.

  • Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Puteri Bagi Tahun 2010

    Posted on February 20th, 2010 admin No comments

    Assalamulaikum!

    Untuk makluman semua, berikut adalah Program Maulidur Rasul Peringkat Taman Puteri yang akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Februari 2010:

    Bil Aktiviti Catatan Tempat
    1 Perarakan mengelilingi Taman Puteri(Bermula jam 8.00 pagi) Semua Penduduk Taman Puteri Bermula dari Surau Al-Kauthar
    2 Pertandingan Sepanduk Antara Lorong Semasa Perarakan
    3 Pertandingan Mewarna (9.00 – 10.00 pagi) Anak-Anak Berumur 9 Tahun ke Bawah Perkarangan Surau
    4 Pertandigan Melukis Poster (9.00 – 10.00 pagi) Anak-Anak Berumur 10-12 Tahun Perkarangan Surau
    5 Zikir Marhaban (9.00 – 100 pagi) Semua Penduduk Taman Puteri Surau Al-Kauthar Taman Puteri
    6 Ceramah Agama (Selepas Maghrib) Semua Penduduk Taman Puteri Surau Al-Kauthar Taman Puteri

    Borang penyertaan boleh didapati dari En. Mostapha Abu Bakar -0198599523 (Sepanduk), En. Ishak Ibrahim-0168912482 (Mewarna) dan Tn. Haji Ahmad Sonhajee-0198364280 (Melukis Poster).  Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Februari 2010 jam 4.00 petang.

    Marilah kita sama-sama meraikan majlis tersebut…

    Wassalam.

  • Notis Aktiviti-Aktiviti Surau Al-Kauthar Taman Puteri Bagi Tahun 2010

    Posted on February 16th, 2010 admin No comments

    Assalamualaikum WBT

    Untuk makluman semua, berikut adalah aktiviti-aktiviti tetap Surau Al-Kauthar Taman Puteri sepanjang tahun 2010 (Untuk aktivit-aktiviti lain, sila rujuk TAKWIM 2010):

    Bil Aktiviti Hari Catatan
    1 Kutipan Sumbangan Dana Surau Setiap bulan (Mulai Februari 2010) Kutipan dari rumah ke rumah oleh Pegawai yang dilantik
    2 Kelas Zikir Hari Selasa Malam Rabu (Mulai Januari 2010) Dikendali oleh Tuan Haji Ahmad Kentul
    3 Kuliah Maghrib Hari Rabu Malam Khamis (Mulai Mac 2010) Pegawai dari JAIS/Penceramah Jemputan)
    4 Bacaan Yassin Hari Khamis Malam Jumaat (Mulai Februari 2010) Dikendali oleh AJK Surau
    5 Kelas Al-Quran Hari Jumaat Malam Sabtu (Mulai Mac 2010) Pegawai dari JAIS/Jemputan)

    Datanglah beramai-rami ke Surau kita….

    Wassalam.

  • Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Laungan Azan Sempena Sambutan Ma’al Hijrah 1431H Surau Al-Kauthar

    Posted on December 6th, 2009 admin No comments

    Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tadbir Urus Surau Al-Kauthar akan mengadakan pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Laungan Azan mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut:

    1) Tilawah Al-Quran

    Syarat Penyertaan: Terbuka kepada semua lelaki dan perempuan dewasa penduduk Taman Puteri sahaja. Masa bacaan adalah selama 8 minit.

    Ayat: i) Surah Al-Baqarah bermula ayat 21, ii) Surah Al-Baqarah bermula ayat 121 iii) Surah An-Nisa bermual ayat 1 iv) Surah Al-Maidah bermula ayat 1

    2) Hafazan

    Syarat Penyertaan: Dibahagi kepada 3 kategori, bahagian lelaki dan perempuan:

    Kategori 1: Pelajar Tadika atau berumur 4 hingga 6 tahun

    Ayat: Surah Al-Fatihah

    Kategori 2: Pelajar Tahap 1 iaitu Tahun 1 hingga Tahun 3

    Ayat (hanya satu Surah sahaja yang akan dibaca secara undian): Surah An-Nas, Al-Falaq, An Nasr, Al-Kafirun, Al-Ma’un dan Al-Takathur

    Kategori 3: Pelajar Tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6

    Ayat (hanya satu Surah sahaja yang akan dibaca secara undian): Surah Ad-Dhuha, Al-Insyrah, Al-Humazah, Al-Zalzalah dan Al-Takathur

    3) Laungan Azan (mengikut gaya Mu’azzin)

    Syarat Penyertaan: Terbuka kepada semua pelajar lelaki sekolah rendah dan menengah sahaja.

    Tarikh Pertandingan:

    18/12/2009 (Jumaat) – Tilawah Dewasa Lelaki dan Perempuan selepas Solat Isya’

    19/12/2009 (Sabtu) – Hafazan dan Azan bagi semua kategori selapas Solat Zuhor

    Tempat Pertandingan:

    Perkarangan Surau Al-Kauthar, Taman Puteri

    Tarikh Tutup Penyertaan:

    Semua penyertaan adalah percuma dan tarikh tutup adalah pada 16 Disember 2009.

    BORANG PENYERTAAN telah diedarkan kesemua rumah di Taman Puteri atau ianya boleh didapati daripada Surau Al-Kauthar atau klik DI SINI.

  • Minal Aidin Wal Faidzin – Selamat Hari Raya!

    Posted on September 18th, 2009 admin No comments

    Pengerusi dan semua AJK Surau Al-Kauthar Taman Puteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung laman web ini.

    Semoga anda dirahmati dan diberkati Allah SWT.

    raya

    Wassalam

  • Majlis Khatamal Quran Sempena Ramadhan 1430H Meriah!

    Posted on September 17th, 2009 admin No comments

    Seramai 110 orang anak-anak di Taman Puteri telah menyertai majlis Khatamal Quran sempena Ramadhan 1430H pada malam tadi, 16/09/2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H.  Dalam ucapan amanatnya, Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri iaitu Ustaz Mohd Ghazali Hamdan telah menyatakan kesyukurannya apabila melihat penyertaan anak-anak di Taman Puteri dalam majlis tadarus pada tahun ini begitu mendadak sekali. Bilangan ini kian meningkat dari tahun ke tahun, contohnya daripada 80 orang pada tahun 2008, ianya telah meningkat ke 110 orang pada tahun ini.  Beliau menyarankan agar ibubapa lebih prihatin terhadap kepentingan anak-anak mereka belajar Al-Quran agar mereka dapat menjadi manusia yang bertaqwa dan beriman dan seterusnya mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Majlis malam tadi juga turut dihadiri oleh lebih kurang 120 orang ibubapa yang merasa bangga melihat anak-anak mereka membaca kitab suci Al-Quran ini.  Ustaz Mohd Ghazali juga telah menyampaikan sumbangan ikhlas penduduk Islam Taman Puteri kepada Imam dan Bilal Surau Al-Kauthar iaitu Saudara Wan Morni (Imam I), Saudara Lokman (Imam II) dan Pak Seli (Bilal).  Turut menerima sumbangan adalah kedua-dua imam jemputan iaitu Al-Hafiz Saudara Herizal Saifullah daripada Acheh dan Al-Hafiz Saudara Mohd Hafiz iaitu anak tempatan Taman Puteri.

    1 2
    3 4
    5 6
    7 8
    9 10

    Gambar-gambar seterusnya….. Read the rest of this entry »