Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Solat Sunat Aidil Adha 1413H

    Posted on November 27th, 2009 admin No comments

    Alhamdullillah! Surau Al-Kauthar Taman Puteri penuh sesak dengan kira-kira 300 org jemaah yang menunaikan Solat Sunat Aidil Adha pada pagi tadi (28/11/2009).  Kutbah telah disampaikan oleh Imam I Surau Al-Kauthar iaitu Saudara Wan Morni.  Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua. InsyaAllah…

    Wassalam…

  • Majlis Khatamal Quran Sempena Ramadhan 1430H Meriah!

    Posted on September 17th, 2009 admin No comments

    Seramai 110 orang anak-anak di Taman Puteri telah menyertai majlis Khatamal Quran sempena Ramadhan 1430H pada malam tadi, 16/09/2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H.  Dalam ucapan amanatnya, Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri iaitu Ustaz Mohd Ghazali Hamdan telah menyatakan kesyukurannya apabila melihat penyertaan anak-anak di Taman Puteri dalam majlis tadarus pada tahun ini begitu mendadak sekali. Bilangan ini kian meningkat dari tahun ke tahun, contohnya daripada 80 orang pada tahun 2008, ianya telah meningkat ke 110 orang pada tahun ini.  Beliau menyarankan agar ibubapa lebih prihatin terhadap kepentingan anak-anak mereka belajar Al-Quran agar mereka dapat menjadi manusia yang bertaqwa dan beriman dan seterusnya mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Majlis malam tadi juga turut dihadiri oleh lebih kurang 120 orang ibubapa yang merasa bangga melihat anak-anak mereka membaca kitab suci Al-Quran ini.  Ustaz Mohd Ghazali juga telah menyampaikan sumbangan ikhlas penduduk Islam Taman Puteri kepada Imam dan Bilal Surau Al-Kauthar iaitu Saudara Wan Morni (Imam I), Saudara Lokman (Imam II) dan Pak Seli (Bilal).  Turut menerima sumbangan adalah kedua-dua imam jemputan iaitu Al-Hafiz Saudara Herizal Saifullah daripada Acheh dan Al-Hafiz Saudara Mohd Hafiz iaitu anak tempatan Taman Puteri.

    1 2
    3 4
    5 6
    7 8
    9 10

    Gambar-gambar seterusnya….. Read the rest of this entry »

  • YB Mesra Rakyat – Dr Abdul Rahman Junaidi

    Posted on September 7th, 2009 admin No comments

    YB Dr Abd Rahman, ADUN N4 Pantai Damai telah bersama-sama kira-kira 150 orang penduduk Tmn Puteri menunaikan Solat Isya dan Tarawikh di Surau Al-Kauthar Taman Puteri pada 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H.  YB Dr Abd Rahman juga telah bermesra bersama anak-anak Tmn Puteri bertadarus dan YB merasa sangat kagum melihat seramai lebih 100 orang anak-anak yang mengikuti tadarus.  Menurut Pengerusi Surau, Ustaz Mohd Ghazali Hamdan, anak-anak ini konsisten dalam menghadiri majlis tadarus setiap malam.  Anak-anak yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diawasi oleh ahli-ahli yang dilantik dalam setiap kumpulan ini membolehkan bacaan anak-anak diperbetulkan dan bacaan mereka dapat diawasi.

    ar1
    ar2
    ar3

    Wassalam

  • Kuliah Subuh – 16 Ramadhan 1430H

    Posted on September 7th, 2009 admin No comments

    Alhamdulillah.  Lebih kurang 70 hingga 80 orang telah menunai solat subuh berjemaah di Surau Al-Kauthar Taman Puteri pagi Ahad (06/09/2009) dan seterusnya mendengar kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohamed Zamri Basir.  Semoga kita semua mendapat rahmat dan diberkati Allah SWT.

    zm1 zm2
    zm3 zm4
    zm5 zm6

    Wassalam.

  • Festival Bubur Lambuk dan Bubur Pedas Sarawak 2009 Peringkat Taman Puteri

    Posted on August 29th, 2009 admin 2 comments

    Unit Saberkas Tanjong Selatan dengan kerjasama PBB Ranting Taman Puteri telah menganjurkan Festival Bubur Lambuk dan Bubur Pedas Sarawak 2009 Peringkat Taman Puteri pada Sabtu 29 Ogos 2009.  Taman Puteri merupakan lokasi ketiga bagi festival berkenaan dan pengagihannya telah disempurnakan oleh YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, ADUN N4 Pantai Damai merangkap Setiausaha Saberkas Negeri Sarawak.

    Seramai lebih kurang 100 orang penduduk Taman Puteri telah menghadiri majlis berkenaan yang telah bermula sejak jam 1.00 petang bertempat di Surau Al-Kauthar Taman Puteri.

    bl1 bl1a
    bl1b bl2
    bl3 bl4
    bl6 bl6a
    bl6b bl7
    bl5 bl8

    Wassalam.

  • Kuliah Subuh – 2 Ramadhan 1430H

    Posted on August 23rd, 2009 admin No comments

    Alhamdulillah.  Lebih kurang 100 orang telah menunai solat subuh berjemaah di Surau Al-Kauthar Taman Puteri pagi tadi (23/08/2009) dan seterusnya mendengar kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ghazali Hamdan.  Semoga kita semua mendapat rahmat dan diberkati Allah SWT.

    k1 k2
    k3 k4
    k6 k7

    Wassalam…