-
Majlis Penutupan/Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul 1431H Peringkat Taman Puteri
Posted on February 27th, 2010 1 commentAssalamualaikum WBT,
Majlis penutupan/penangguhan telah berlangsung dengan jayanya pada malam tadi (26/02/2010). Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 300 orang jemaah itu telah dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Sarbini Dahlan di antara Solat Maghrib dan Isya. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan selepas itu. Sebelum itu, pengerusi telah menyampaikan amanat beliau agar semua penduduk Taman Puteri menghayati apa sebenarnya Maulidur Rasul dan bukan setakat mengikuti aktiviti-aktiviti yang dikelolakan. Konsep “JOM KE SURO” uyang diperkenalkan oleh AJK Surau Al-Kauthar hanya akan berjaya sekiranya semua penduduk Taman Puteri memberi kerjasama yang sewajarnya.

Klik sini untuk gambar seterusnya…
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
A) Pertandingan Sepanduk:
1) Lorong Cahya Aman 2F
2) Lorong Cahya Aman 2D
3) Lorong Cahya Indah 5 & Cahya Aman 2I
B) Pertandingan Mewarna
1) Khayril Azwan Sapuani
2) Siti Nur Zulaikha Jahar
3) Nur Fatehah Dileela Jazlan Read the rest of this entry »
-
Sambutan Maulidur Rasul 1413H Peringkat Taman Puteri Disambut Meriah
Posted on February 26th, 2010 No commentsAssalamualaikum WBT!
Alhamdullillah. Maulidur Rasul 1431H telah disambut dengan meriahnya di mana 7 buah sepanduk telah diarak mengelilingi Taman Puteri dan diiringi oleh lebih kurang 1,000 orang penduduk Taman Puteri Kuching yang diketuai oleh Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri iaitu Ustaz Mohammad Ghazali Hamdan. Semoga usaha morni kita ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT…

Klik di sini untuk gambar seterusnya…
Wassalam.







