-
Majlis Penutupan/Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul 1431H Peringkat Taman Puteri
Posted on February 27th, 2010 1 commentAssalamualaikum WBT,
Majlis penutupan/penangguhan telah berlangsung dengan jayanya pada malam tadi (26/02/2010). Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 300 orang jemaah itu telah dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Sarbini Dahlan di antara Solat Maghrib dan Isya. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan selepas itu. Sebelum itu, pengerusi telah menyampaikan amanat beliau agar semua penduduk Taman Puteri menghayati apa sebenarnya Maulidur Rasul dan bukan setakat mengikuti aktiviti-aktiviti yang dikelolakan. Konsep “JOM KE SURO” uyang diperkenalkan oleh AJK Surau Al-Kauthar hanya akan berjaya sekiranya semua penduduk Taman Puteri memberi kerjasama yang sewajarnya.

Klik sini untuk gambar seterusnya…
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
A) Pertandingan Sepanduk:
1) Lorong Cahya Aman 2F
2) Lorong Cahya Aman 2D
3) Lorong Cahya Indah 5 & Cahya Aman 2I
B) Pertandingan Mewarna
1) Khayril Azwan Sapuani
2) Siti Nur Zulaikha Jahar
3) Nur Fatehah Dileela Jazlan Read the rest of this entry »
-
Sambutan Maulidur Rasul 1413H Peringkat Taman Puteri Disambut Meriah
Posted on February 26th, 2010 No commentsAssalamualaikum WBT!
Alhamdullillah. Maulidur Rasul 1431H telah disambut dengan meriahnya di mana 7 buah sepanduk telah diarak mengelilingi Taman Puteri dan diiringi oleh lebih kurang 1,000 orang penduduk Taman Puteri Kuching yang diketuai oleh Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri iaitu Ustaz Mohammad Ghazali Hamdan. Semoga usaha morni kita ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT…

Klik di sini untuk gambar seterusnya…
Wassalam.
-
Kumpulan Al-Kauthar Sertai Pertandingan Zikir di Masjid Gita
Posted on February 20th, 2010 No commentsKumpulan Zikir Al-Kauthar Taman puteri telah membuat persembahan pada malam tadi, 19 Februari 2010 di Masjid Gita dengan mempersembahkan Zikir Ta’alamali.

Klik sini untuk gambar seterusnya…
Wassalam…
-
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Sesi 2010-2012 Surau Al-Kauthar Taman Puteri
Posted on January 30th, 2010 No commentsSenarai Jawatankuasa baru adalah seperti berikut:
Pengerusi: Ustaz Mohamad Ghazali Hamdan
Timbalan Pengerusi: Haji Mustapha Sahari
Setiausaha: Cikgu Ishak Hj Dahlan
Timbalan Setiausaha: Haji Ahmad Sonhajee Hussain
Bendahari: Japanie Bujang
Juru-audit: Radzuan Sam
AJK: Cikgu Ismail Swaidi, Mohd Faizurisya Mohd Serat, Ishak Ibrahim, Mustapha Abu Bakar, Rosli Razali, Amat Subandi dan Haji Aiden Sayeed.

-
Sambutan Ma’al Hijrah 1431H di Taman Puteri!
Posted on December 20th, 2009 No commentsAlhamdulillah! Sambutan Ma’al Hijrah 1431H di Taman Puteri telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk Taman Puteri. Pelbagai upacara telah diadakan pada 17 hingga 19 Disember 2009…
-
Korban 1413H di Taman Puteri
Posted on November 28th, 2009 No commentsAssalamualaikum WBT!
Upacara korban sempena Hari Raya Aidil-Adha 1413H yang dianjurkan oleh JK Surau Al-Kauthar Taman Puteri telah diadakan pada 27/11/2009 selepas solat Jumaat. Ia telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk Taman Puteri dan sekitarnya. Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan. Lembu-lembu ini telah dibeli hasil daripada sumbangan 14 orang peserta korban yang menyertai acara korban tahun ini. Upacara yang diketuai oleh Pengerusi Surau Al-Kauthar, Ustaz Mohd Ghazali Hamdan telah dibantu oleh lebih kurang 150 orang penduduk Taman Puteri dan sekitarnya. Daging korban telah diagih secara sama rata kepada semua peserta korban, penduduk yang datang membantu dan fakir-fakir miskin, ibu tunggal dan lain-lain. Acara korban tersebut telah diakhiri dengan majlis bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Selamat yang telah diadakan selepas Solat Maghrib pada hari yang sama.
Wassalam.







