Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Rukun Solat

    Posted on February 21st, 2009 admin 1 comment

    Rukun solat ada 13:

    1. Niat.

    2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).

    3. Berdiri bagi yang mampu.

    4. Membaca surah Al-fatihah.

    5. Rukuk dengan tama’ninah (tama’ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).

    6. Iktidal dengan tama’ninah.

    7. Sujud dua kali, dengan tama’ninah.

    8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah.

    9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. Read the rest of this entry »

  • Takrif Solat

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.

    Firman Allah swt: “Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar” (Al Ankabut: 45).

    Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan Read the rest of this entry »

  • Mandi Wajib dan Sunat

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Mandi wajib adalah mandi untuk bersuci bagi seseorang yang menanggung hadas besar atau sedang junub.

    Firman Allah SWT. “Apabila kamu junub, maka mandilah/bersuci.” (Al-Maidah: 6). Read the rest of this entry »

  • Tayammum

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Tayammum ertinya menghilangkan hadas dengan menggunakan debu suci, kerana ketiadaan air atau sakit yang menghalang penggunaan air.

    Cara tayammum ialah dengan menyapukan debu yang suci ke muka dan dua tangan sampai ke siku dan disertai dengan niat.

    Syarat-syarat tayammum:

    1. Sudah masuk waktu solat.

    2. Tidak ada air dan sudah diusahakan mencarinya.

    3. Sakit, sehingga jika memakai air takut penyakitnya bertambah parah.

    4. Sedang dalam perjalanan. Firman Allah SWT : “… Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sehabis buang air atau menyentuh wanita lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (bersih dan suci). Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu.” (Q.S. Al-Maidah : 6).

    5. Memakai tanah yang suci dan berdebu. Read the rest of this entry »

  • Wuduk

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Wuduk adalah salah satu cara bersuci dari hadas kecil sebelum mengerjakan ibadah solat atau membaca Al-Qur’an. Perintah wajib wuduk ini turun bersama dengan perintah wajib solat. Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu, kedua tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki.” (Al-Maidah : 6).

    Sabda Rasulullah saw: “Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk.” (H.R. Abu Daud).

    Syarat Wuduk ada lima:

    1. Islam

    2. Baligh

    3. Tidak berhadas besar

    4. Memakai air yang mutlak (suci dan menyucikan) Read the rest of this entry »

  • Jenis-Jenis Air

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    1. Air Mutlak – Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas.

    Air yang sah dibuat bersuci.

    1. Air hujan.

    2. Air embun.

    3. Air laut.

    4. Air sungai.

    5. Air perigi.

    6. Air mata air.

    7. Air Salji.

    Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masim dan sebagainya.

    2. Air Musta’mal – Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil.

    Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Read the rest of this entry »