Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Tayammum

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Tayammum ertinya menghilangkan hadas dengan menggunakan debu suci, kerana ketiadaan air atau sakit yang menghalang penggunaan air.

    Cara tayammum ialah dengan menyapukan debu yang suci ke muka dan dua tangan sampai ke siku dan disertai dengan niat.

    Syarat-syarat tayammum:

    1. Sudah masuk waktu solat.

    2. Tidak ada air dan sudah diusahakan mencarinya.

    3. Sakit, sehingga jika memakai air takut penyakitnya bertambah parah.

    4. Sedang dalam perjalanan. Firman Allah SWT : “… Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sehabis buang air atau menyentuh wanita lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (bersih dan suci). Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu.” (Q.S. Al-Maidah : 6).

    5. Memakai tanah yang suci dan berdebu. Read the rest of this entry »