-
Sujud Sajadah/Tilawah
Posted on February 22nd, 2009 No commentsTilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur’an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
Hukum sujud sajadah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan. Read the rest of this entry »
-
Sujud Sahwi
Posted on February 22nd, 2009 No commentsSahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:
Ertinya: “Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu. Read the rest of this entry »
-
Istikhlaf
Posted on February 22nd, 2009 No commentsIstikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan sembahyang mereka, disebabkan keuzuran imam pertama itu.
Jika imam keluar daripada sembahyangnya disebabkan berhadas, atau biarpun dengan tiada sebab, adalah diharuskan bagi salah
seorang makmum menggantikannya.
Hadis: “Ketika Nabi SAW sedang sakit tenat, datang Bilal untuk memberitahu Baginda tentang sembahyang. Maka Nabi SAW menyuruhnya supaya mengatakan kepada Abu Bakar agar mengimami orang ramai. Saya berkata: “Abu Bakar adalah seorang lelaki yang penyedih dan jika dia berdiri mengambil tempatmu (sembahyang), dia akan menangis dan tidak mampu membaca Al-Qur’an.” Nabi SAW bersabda: “Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang.” Saya pun mengatakan hal yang sama seperti di atas. Beliau (mengulangi perintah yang sama) pada ketiga atau keempat kalinya Baginda bersabda: “Kamu adalah (macam) sahabat-sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang.” Maka Abu Bakar mengimami sembahyang. Kemudian Nabi SAW datang dengan bantuan dua orang lelaki; seakan-akan baru saja aku melihat Baginda memijakkan kakinya ke tanah. Pada waktu Abu Bakar melihatnya, dia mencuba untuk berundur tetapi Nabi SAW memberi isyarat kepadanya untuk tetap sembahyang. Abu Bakar berundur sedikit dan Nabi SAW duduk di sebelah kirinya. Abu Bakar memperdengarkan takbir kepada orang ramai.” (HR Bukhari).
Disyaratkan bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti (khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jemaah yang lain. Jika imam itu diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah Read the rest of this entry »
-
Masbuq
Posted on February 22nd, 2009 No commentsMasbuq ialah apabila makmum ketinggalan dalam solat berjemaah.
Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah.
Dari hadis:
Dari Hasan dari Abu Bakrah, dia sampai kepada Nabi saw, ketika Nabi sedang rukuk, maka dia rukuk sebelum sampai kepada saf. Hal itu disampaikan kepada nabi, maka Nabi berkata, “Semoga Allah menambah semangatmu tetapi jangan diulangi lagi.” (H.R. Bukhari)
Sabda Rasulullah saw: “Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat sewaktu kami sujud, hendaklah ikut sujud dan janganlah kamu hitung itu satu rakat. Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama imam, maka ia telah mendapat satu rakaat.”(H.R. Abu Daud).
Dari hadis di atas, maka difahamilah bahawa orang yang mendapatkan rukuk dianggap telah mendapatkan satu rakaat, biarpun tanpa sempat menyempurnakan rukun fatihahnya. Read the rest of this entry »
-
Solat Berjemaah
Posted on February 22nd, 2009 No commentsSolat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Sabda Nabi SAW:
“Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat” (HR Bukhari dan Muslim).
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.
Syarat-syarat sah solat berjemaah:
1. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja, dan tidak diwajibkan bagi solat-solat yang lain). Read the rest of this entry »
-
Sunat Hai’ah & Ab’adh
Posted on February 22nd, 2009 No commentsPerkara-perkara sunat semasa solat ada dua:
1. Sunat Hai’ah
2. Sunat Ab’adh
Sunat Hai’ah ada 15 perkara:
1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun darirakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan).
2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:
“Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.”
4. Membaca A’uzubillah. Read the rest of this entry »







