-
Keberkatan hadir majlis ilmu di bulan Ramadhan
Posted on August 23rd, 2009 No commentsPUJANGGA Arab ada berkata: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”
Kata-kata ini menerangkan kepentingan seseorang mencari ilmu sepanjang masa dan di mana juga dia berada. Kedatangan Ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.
Dalam hadis masyhur, Rasulullah turut menerangkan kelebihan seseorang yang menuntut ilmu ketika Ramadan. Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy Read the rest of this entry »
-
4 – Hikmah Mengingati Mati
Posted on February 1st, 2009 No commentsDengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.
Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan. Read the rest of this entry »
-
3 – Hukum Mengingati Mati
Posted on February 1st, 2009 No commentsWalau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri. Read the rest of this entry »
-
2 – Reaksi Masyarakat
Posted on January 31st, 2009 No commentsKita telah melihat dan akan melihat dua suasana yang berbeza antara satu sama lain dalam menghadapi kematian. Ada yang ngeri lagi takut mereka belum bersedia dengan bekalan yang sewajarnya, terlukis dalam alam khayalannya terbujur kaku tanpa teman, pucat lesi, tidur tidak berbantal dan beralas, takut hantu serba ragam yang bergolak dalam fikiran yang kusut lagi buntu. Read the rest of this entry »
-
1- Definasi Mati
Posted on January 31st, 2009 No commentsMati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
“Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat.”
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh. Read the rest of this entry »







