-
1 – Hukum Mengkafan Mayat
Posted on February 21st, 2009 No commentsHukum syarak mengenai mengkafan mayat diterangkan dalam hadith berikut:
Dari ‘Aishah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah dikafankan dalam tiga helai kain putih ’sahuli’* dari kapas; tidak mengandungi baju kamis dan tidak juga serban.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semasa hayatnya Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa sebaik-baik pakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan kesucian), demikian juga warna kain kafan.
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Pakailah yang putih dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu; dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih juga.” Read the rest of this entry »
-
2 – Cara Mengkafan Mayat
Posted on February 21st, 2009 No commentsMenurut huraian ulama, ‘kafan’ yang wajib bagi mayat ialah sehelai kain yang dapat menutup aurat dan membalut tubuhnya.
Boleh digunakan sebarang kain yang biasa dipakai oleh si mati semasa hidupnya tetapi yang afdhal ialah kain putih seperti yang diterangkan dalam hadith yang lalu. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah selapis, namun ‘mayat lelaki’ sunat dikafankan dalam tiga lapisan (tiga potongan kain), tiap-tiap satu dapat menutup seluruh badannya – dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.
Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera kerana haram bagi lelaki memakainya semasa hidup. Sebaliknya mayat perempuan boleh dikafan dalam kain sutera ia halal dipakai oleh perempuan. Setengah ulama pula mengatakan makruh hukumnya jika mayat perempuan dikafankan dengan kain sutera kerana perbuatan yang demikian adalah membazir dan kain yang mahal-mahal lebih layak dipakai oleh orang yang hidup.
Jika sukar mendapat sebarang kain (kerana keadaan darurat), maka mayat boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badan – seperti tikar, daun-daun pokok tanaman dan sebagainya. Read the rest of this entry »







