Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • 5 – Perihal Lain memandikan Jenazah

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    5.1 Mayat Dalam Keadaan Janabah

    Lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan janabah (berhadas besar) maka ia tidak dituntut dimandikan lagi dengan ‘mandi janabah’ setelah ia dimandikan dengan ‘mandi mayat’ kerana ‘mandi mayatnya’ mencukupi.

    Jika keluar dari perut mayat sesuatu yang kotor setelah ia dimandikan atau semasa dikafankan, maka ia juga tidak dituntut dimandikan lagi, tetapi memadai membersihkan kesannya benda itu.

    5.2 Mayat Yang Ditayammumkan

    1. Kerana ketiadaan air.
    2. Kerana badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya.
    3. ‘Mayat lelaki’ yang mati di tempat terpencil dan tidak ada di situ melainkan kaum perempuan sahaja (yang bukan muhrimnya).
    4. ‘Mayat perempuan’ yang tidak ada di tempat matinya melainkan kaum lelaki sahaja (yang bukan muhrimnya)

    Read the rest of this entry »

  • 4 – Cara Mandi Jenazah

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Mandikanlah dia* (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhu”.

    (Ummu Athiah) berkata: “Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya”.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Perkara yang penting dalam memandikan mayat ialah wajib membersihkan  tubuh badan mayat dan celah-celahnya itu daripada najis dan kekotoran dengan meratakan air seluruh anggota badan mayat itu.  Maka apabila cara ini telah yakin kebersihannya, bolehlah dikapan, disembahyang dan seterusnya dikebumikan.

    Cara terbaik yang telah sepakat oleh Ibnu Hajar dan al-Ramli di mana telah menjadi amalan masyarakat nusantara ini dengan panggilan mandi air sembilan cara iaitu:

    4.1 Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster Read the rest of this entry »

  • 3 – Tertib Mandi Jenazah

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments
    1. Menjirus dan menggosok jenazah dengan  tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar.
    2. Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok demikian dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan mudah pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk membersihkan mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.
    3. Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan.
    4. Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang amanah – supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat.
    5. Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain.
    6. Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada itu, dibolehkan bagi salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk turut hadir walau tidak mengambil bahagian memandikan mayat.
    7. Jangan mengangkat suara riuh.
    8. Jangan  mengunyah makanan atau merokok.
    9. Wajib memakai sarung tangan sewaktu  menyuci kemaluan atau mengurus mayat pengidap Aids.

    Sumber: JAKIM

  • 2 – Tempat Mandi Jenazah

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments
    1. Dibuat tempat yang tertutup.
    2. Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit.
    3. Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna kulit.
    4. Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di letakkan terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat.
    5. Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.
    6. Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-intai ketika mayat dimandikan.

    Sumber: JAKIM

  • 1 – Hukum dan Syarat Mandi Jenazah

    Posted on February 3rd, 2009 admin No comments

    HUKUM MANDI

    Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud:

    Dari Umu ‘Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: “Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu – jika kamu pandang elok tambahan yang demikian – iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku.”

    Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda, “Balutlah badannya dengan kain ini.”**

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    **Nota: Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan yang disediakan.  Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, “Perbuatan baginda yang demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat daripada benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih.” Read the rest of this entry »