Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
RSS icon Home icon
  • Keberkatan hadir majlis ilmu di bulan Ramadhan

    Posted on August 23rd, 2009 admin No comments

    PUJANGGA Arab ada berkata: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

    Kata-kata ini menerangkan kepentingan seseorang mencari ilmu sepanjang masa dan di mana juga dia berada. Kedatangan Ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.

    Dalam hadis masyhur, Rasulullah turut menerangkan kelebihan seseorang yang menuntut ilmu ketika Ramadan. Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy Read the rest of this entry »

  • Mati Syahid

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Dalam kitab-kitab fiqah menyebut syahid itu terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang.

    1.1 Jenis berperang terbahagi kepada:

    i. Syahid dunia dan akhirat, iaitu mereka yang mati dalam peperangan kerana menegak agama Islam dengan ikhlas tanpa berhajat untuk membolot harta rampasan dalam peperangan itu.

    ii. Syahid dunia, iaitu mereka yang mati dalam peperangan dengan tujuan utamanya untuk  membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.

    iii. Jenis tidak berperang iaitu mereka yang mati kebakaran, mati serta merta terkena  wabak, mati beranak, mati sedang belajar  dan lain-lain lagi.

    1.2 Hukum ke atas mati syahid bahagian (i) dan (ii) tidaklah wajib disembahyangkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil ataupun besar. Sebagaimana arahan Rasulullah ke atas para syuhada perang Uhud.

    Sabda baginda, maksudnya :

    “Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak di hari Kiamat dan tidaklah payah sembahyang ke atas jenazah mereka.”

    Jadi kepada mereka ini dua perkara yang wajib  dikerjakan iaitu kapan dan kebumian. Disunatkan mengkapan bersama-sama pakaian yang dipakai semasa mati dalam peperangan itu. Read the rest of this entry »

  • 1 – Hukum Mengkafan Mayat

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Hukum syarak mengenai mengkafan mayat diterangkan dalam hadith berikut:

    Dari ‘Aishah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah dikafankan dalam tiga helai kain putih ’sahuli’* dari kapas; tidak mengandungi baju kamis dan tidak juga serban.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Semasa hayatnya Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa sebaik-baik pakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan kesucian), demikian juga warna kain kafan.

    Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Pakailah yang putih dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu; dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih juga.” Read the rest of this entry »

  • 2 – Cara Mengkafan Mayat

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Menurut huraian ulama, ‘kafan’ yang wajib bagi mayat ialah sehelai kain yang dapat menutup aurat dan membalut tubuhnya.

    Boleh digunakan sebarang kain yang biasa dipakai oleh si mati semasa hidupnya tetapi yang afdhal ialah kain putih seperti yang diterangkan dalam hadith yang lalu. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah selapis, namun ‘mayat lelaki’ sunat dikafankan dalam tiga lapisan (tiga potongan kain), tiap-tiap satu dapat menutup seluruh badannya – dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.

    Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera kerana haram bagi lelaki memakainya semasa hidup. Sebaliknya mayat perempuan boleh dikafan dalam kain sutera ia halal dipakai oleh perempuan. Setengah ulama pula mengatakan makruh hukumnya jika mayat perempuan dikafankan dengan kain sutera kerana perbuatan yang demikian adalah membazir dan kain yang mahal-mahal lebih layak dipakai oleh orang yang hidup.

    Jika sukar mendapat sebarang kain (kerana keadaan darurat), maka mayat boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badan – seperti tikar, daun-daun pokok tanaman dan sebagainya. Read the rest of this entry »

  • 5 – Perihal Lain memandikan Jenazah

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    5.1 Mayat Dalam Keadaan Janabah

    Lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan janabah (berhadas besar) maka ia tidak dituntut dimandikan lagi dengan ‘mandi janabah’ setelah ia dimandikan dengan ‘mandi mayat’ kerana ‘mandi mayatnya’ mencukupi.

    Jika keluar dari perut mayat sesuatu yang kotor setelah ia dimandikan atau semasa dikafankan, maka ia juga tidak dituntut dimandikan lagi, tetapi memadai membersihkan kesannya benda itu.

    5.2 Mayat Yang Ditayammumkan

    1. Kerana ketiadaan air.
    2. Kerana badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya.
    3. ‘Mayat lelaki’ yang mati di tempat terpencil dan tidak ada di situ melainkan kaum perempuan sahaja (yang bukan muhrimnya).
    4. ‘Mayat perempuan’ yang tidak ada di tempat matinya melainkan kaum lelaki sahaja (yang bukan muhrimnya)

    Read the rest of this entry »

  • 4 – Cara Mandi Jenazah

    Posted on February 21st, 2009 admin No comments

    Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Mandikanlah dia* (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhu”.

    (Ummu Athiah) berkata: “Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya”.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Perkara yang penting dalam memandikan mayat ialah wajib membersihkan  tubuh badan mayat dan celah-celahnya itu daripada najis dan kekotoran dengan meratakan air seluruh anggota badan mayat itu.  Maka apabila cara ini telah yakin kebersihannya, bolehlah dikapan, disembahyang dan seterusnya dikebumikan.

    Cara terbaik yang telah sepakat oleh Ibnu Hajar dan al-Ramli di mana telah menjadi amalan masyarakat nusantara ini dengan panggilan mandi air sembilan cara iaitu:

    4.1 Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster Read the rest of this entry »