-
2 – Jenis-jenis Bersuci
Posted on January 18th, 2009 No comments1. Menyuci badan daripada hadas kecil
Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran.
2. Menyuci badan daripada hadas besar
Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi. Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran.
3. Istinjak
Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi.
4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid
Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. Antara syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.
(Sumber: Asas Fardhu Ain)
Leave a reply

