Surau Al-Kauthar Taman Puteri
Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
-
1 – Hukum Mengkafan Mayat
Posted on February 21st, 2009 No commentsHukum syarak mengenai mengkafan mayat diterangkan dalam hadith berikut:
Dari ‘Aishah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah dikafankan dalam tiga helai kain putih ’sahuli’* dari kapas; tidak mengandungi baju kamis dan tidak juga serban.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semasa hayatnya Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa sebaik-baik pakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan kesucian), demikian juga warna kain kafan.
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Pakailah yang putih dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu; dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih juga.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: JAKIM
Leave a reply

