Surau Al-Kauthar Taman Puteri
Jalan Sultan Tengah, Taman Puteri, Kuching, Sarawak, Malaysia
-
3 – Tertib Mandi Jenazah
Posted on February 21st, 2009 No comments- Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar.
- Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok demikian dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan mudah pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk membersihkan mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.
- Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan.
- Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang amanah – supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat.
- Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain.
- Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada itu, dibolehkan bagi salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk turut hadir walau tidak mengambil bahagian memandikan mayat.
- Jangan mengangkat suara riuh.
- Jangan mengunyah makanan atau merokok.
- Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan atau mengurus mayat pengidap Aids.
Sumber: JAKIM
Leave a reply

